Agen Hartanah Berdaftar Roslinsah Bin Ab Rahim - REN 19089 - IQI Realty



Nama Saya Roslinsah Bin Ab Rahim Merupakan Agen Hartanah Berdaftar Dengan Lembaga, Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH) Dengan No Pendaftaran REN 19089. Saya merupakan salah seorang Agen Hartanah di bawah pengurusan agensi IQI Realty Sdn Bhd yang juga berdaftar dengan LPPEH dengan menggunakan no pendaftaran  E (1) 1584.  Saya telah terlibat di dalam industri hartanah ini semenjak dari tahun 2015 dan pekerjaan ini saya lakukan secara sepenuh masa bersama-sama dengan lebih 16,000 agen hartanah di IQI Realty. Buat masa ini fokus aktiviti saya tertumpu di kawasan Negeri Johor.









PROSES PENJUALAN HARTANAH OLEH PERUNDING HARTANAH




1 - SESI KONSULTASI PERCUMA
Dalam Proses ini, sebagai Perunding Hartanah Berdaftar, kami akan menerangkan tentang pasaran hartanah semasa di kawasan rumah anda,. Ini termasuk rekod transaksi terkini dan cadangan harga yang bersesuaian & rasional sesuai dengan perkembangan pasaran hartanah di kawasan sekitar.

2 - LANTIKAN PERUNDING HARTANAH
Kemudiannya, pemilik hartanah akan melantik Perunding Hartanah untuk pemasaran & jualan hartanah. Pada ketika ini, Perunding Hartanah akan menerangkan tentang proses dan tanggungjawab Perunding Hartanah terhadap pemilik hartanah supaya ianya jelas.

3 - PEMASARAN HARTANAH
Setelah berlaku lantikan, Perunding Hartanah akan melakukan proses pemasaran hartanah secara online, offline dan lain-lain kaedah yang dirasakan bersesuaian bagi memastikan penyebarluasan maklumat berkaitan hartanah yang hendak dijual ini kepada seramai mungkin bakal pembeli.

4 - TAPISAN KELAYAKAN PEMBELI & PROSES JUALAN
Setelah mendapat pembeli, Perunding Hartanah seterusnya akan menguruskan proses jualan. Ini termasuklah urusan pinjaman pembeli dan cadangan lantikan peguam hartanah. Ini untuk memastikan proses penjualan berjalan lancar sehingga ke akhirnya.

5 - PENYERAHAN MILIKAN KOSONG
Langkah terakhir adalah penyerahanan milikan kosong atau proses serah kunci kepada pemilik yang baru. Setelah kunci diserahkan, pemilik akan menerima baki tunai hasil jualan. Urusan ini akan dilakukan oleh peguam hartanah yang di lantik. Sementara menunggu proses serah kunci, pemilik hendaklah memastikan bayaran ansuran bulanan bank dilakukan seperti biasa. Hanya setelah dimaklumkan untuk berhenti membayar, barulah bayaran ansuran bulanan tersebut dihentikan.



Konsultasi secara percuma ini sangat penting untuk memastikan pemilik hartanah mendapatkan maklumat atau informasi yang sebenar berkenaan hartanah mereka. Sila isi borang di bawah untuk dapatkan slot temujanji anda.

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi