Saya Roslinsah Bin Ab Rahim merupakan Perunding Hartanah Berdaftar iaitu Registered Estate Negotiator [REN19089] yang berdaftar di bawah agensi hartanah berdaftar IQI Realty di Johor menguruskan jual-beli rumah, kedai dan pelbagai jenis hartanah. Berpengalaman lebih 10 tahun dalam urusan jual beli hartanah disekitar negeri Johor sejak tahun 2014 dengan lebih 360 unit rumah terjual. Mempunyai kepakaran dalam menganalisa harga pasaran semasa bagi mendapatkan cadangan harga jualan rumah pada keuntungan yang optimum sesuai dengan prestasi pasaran hartanah terkini.

![]()
EJEN HARTANAH INI AKAN MEMASTIKAN RUMAH ANDA TERJUAL DALAM MASA 90 HARI. JIKA GAGAL ANDA TAK PERLU BAYAR KOMISEN AGENSI
NAK KAMI BANTU ?
Klik Sini SEKARANG
ANTARA RUMAH YANG TERJUAL
PROSES PENJUALAN RUMAH
1 - SESI KONSULTASI PERCUMA
Dalam Proses ini, sebagai Perunding Hartanah Berdaftar, kami akan menerangkan tentang pasaran hartanah semasa di kawasan rumah anda,. Ini termasuk rekod transaksi terkini dan cadangan harga yang bersesuaian & rasional sesuai dengan perkembangan pasaran hartanah di kawasan sekitar.
2 - LANTIKAN PERUNDING HARTANAH
Kemudiannya, pemilik hartanah akan melantik Perunding Hartanah untuk pemasaran & jualan hartanah. Pada ketika ini, Perunding Hartanah akan menerangkan tentang proses dan tanggungjawab Perunding Hartanah terhadap pemilik hartanah supaya ianya jelas.
3 - PEMASARAN HARTANAH
Setelah berlaku lantikan, Perunding Hartanah akan melakukan proses pemasaran hartanah secara online, offline dan lain-lain kaedah yang dirasakan bersesuaian bagi memastikan penyebarluasan maklumat berkaitan hartanah yang hendak dijual ini kepada seramai mungkin bakal pembeli.
4 - TAPISAN PEMBELI & PROSES JUALAN
Setelah mendapat pembeli, Perunding Hartanah seterusnya akan menguruskan proses jualan. Ini termasuklah urusan pinjaman pembeli dan cadangan lantikan peguam hartanah. Ini untuk memastikan proses penjualan berjalan lancar sehingga ke akhirnya.
5 - PENYERAHAN MILIKAN KOSONG
Langkah terakhir adalah penyerahanan milikan kosong atau proses serah kunci kepada pemilik yang baru. Setelah kunci diserahkan, pemilik akan menerima baki tunai hasil jualan. Urusan ini akan dilakukan oleh peguam hartanah yang di lantik. Sementara menunggu proses serah kunci, pemilik hendaklah memastikan bayaran ansuran bulanan bank dilakukan seperti biasa. Hanya setelah dimaklumkan untuk berhenti membayar, barulah bayaran ansuran bulanan tersebut dihentikan.